Syarat Perkhidmatan Google Payments - Pembeli (Malaysia)

20 Februari 2018

Syarat Google Payments

Syarat Perkhidmatan Google Payments ini membentuk perjanjian antara anda dengan Google Payment Corporation ("GPC"), anak syarikat milik penuh Google LLC ("Google"), yang mentadbir akses anda kepada Google Payments dan penggunaannya sebagai pembeli barang niaga, barangan atau perkhidmatan. Sila semak seluruh Syarat Perkhidmatan ini sebelum memutuskan untuk menerima perjanjian dan meneruskan dengan proses pendaftaran.

Instrumen Pembayaran yang disimpan pada akaun Google Payments anda akan dipaparkan kepada anda di bawah jenama Google Pay. Akan tetapi, instrumen pembayaran tersebut akan terus ditadbir oleh Syarat Perkhidmatan ini apabila digunakan berkenaan perkhidmatan atau tawaran yang diterangkan di bawah.

DENGAN MENGKLIK BUTANG "BERSETUJU DAN TERUSKAN" PADA HALAMAN PENDAFTARAN, ANDA BERSETUJU UNTUK TERIKAT DENGAN SYARAT PERKHIDMATAN INI.

1. Istilah Tertentu yang Ditakrifkan

Istilah ditakrifkan yang berikut terdapat dalam Syarat Perkhidmatan ini.

2. Syarat Pendaftaran

Untuk menggunakan Perkhidmatan, anda perlu melengkapkan semua unsur maklumat yang dikehendaki pada halaman web pendaftaran Perkhidmatan. Anda perlu mendaftarkan kad kredit atau debit yang sah atau Akaun Bil Pembawa sebagai Instrumen Pembayaran untuk membuat Transaksi Pembayaran dan membayar fi serta kewajipan lain yang dikenakan bagi penggunaan anda berkaitan dengan Perkhidmatan. Anda perlu memberikan maklumat yang terkini, lengkap dan tepat serta memastikan maklumat tersebut sentiasa dikemas kini. Kami mungkin meminta anda memberikan maklumat tambahan sebagai syarat untuk terus menggunakan Perkhidmatan atau untuk membantu kami menentukan sama ada membenarkan anda terus menggunakan Perkhidmatan.

Anda mengizinkan kami untuk mengesahkan bahawa Instrumen Pembayaran anda dalam kedudukan baik dengan institusi kewangan dan/atau Pembawa (yang berkenaan), termasuk tetapi tidak terhad pada, melalui penyerahan permintaan keizinan pembayaran dan/atau kredit dan/atau debit berjumlah kecil kepada Instrumen Pembayaran, mengikut peraturan persatuan kad yang berkaitan atau peraturan Pembawa yang berkenaan. Anda turut mengizinkan kami untuk mendapatkan laporan kredit dari semasa ke semasa dan/atau membuat pertanyaan kredit atau latar belakang lain yang sewajarnya, untuk menilai pendaftaran anda atau penggunaan Perkhidmatan.

Kami, mengikut budi bicara mutlak kami, boleh menolak untuk meluluskan atau boleh menamatkan pendaftaran sedia ada, dengan atau tanpa sebab atau notis, selain notis yang dikehendaki oleh undang-undang berkenaan, dan tidak diketepikan di sini.

Jika anda bersetuju dengan Syarat Perkhidmatan untuk Pembeli ini, anda menyatakan bahawa:

Jika anda entiti perniagaan, anda turut menyatakan bahawa:

3. Perkhidmatan Pemprosesan

3.1 Pemprosesan Transaksi Pembayaran

Perkhidmatan memudahkan pemprosesan Transaksi Pembayaran untuk menyelesaikan pembayaran bagi pembelian antara Pembeli dengan Penjual. Perkhidmatan akan menyimpan maklumat daripada Pembeli, seperti Instrumen Pembayaran dan maklumat penghantaran mereka dan akan memproses Transaksi Pembayaran bagi pihak Penjual melalui rangkaian kad kredit dan debit atau melalui Pembawa yang mengambil bahagian, jika berkenaan. GPC boleh menangguhkan pemprosesan bayaran bagi urus niaga mencurigakan atau urus niaga yang mungkin melibatkan penipuan, salah laku atau melanggar undang-undang yang berkenaan, Syarat Perkhidmatan untuk Pembeli, dasar GPC atau dasar Perkhidmatan lain yang berkenaan, seperti yang ditentukan mengikut budi bicara mutlak GPC. Dengan menggunakan Perkhidmatan ini, Pembeli memberikan keizinan yang tidak boleh ditarik balik, bagi caj atau debit yang dikenakan pada Instrumen Pembayaran Pembeli untuk melengkapkan pemprosesan Transaksi Pembayaran. Pembeli turut mengizinkan pengkreditan pada Instrumen Pembayaran Pembeli berhubung pembalikan, bayaran balik atau pelarasan melalui Perkhidmatan.

Anda memaklumi dan bersetuju bahawa pembelian Produk yang anda buat merupakan urus niaga antara diri anda dengan Penjual dan bukan dengan GPC, Google atau mana-mana gabungan GPC. GPC tidak terlibat dengan pembelian Produk yang anda buat, dan GPC, Google atau gabungan GPC lain bukan pembeli atau penjual bagi mana-mana Transaksi Pembayaran, melainkan dinyatakan sedemikian dengan jelas dalam penyenaraian Produk di Tapak Web Google.

Anda turut bersetuju bahawa Penjual dan GPC, yang bertindak bagi pihak Penjual, dibenarkan untuk menyerahkan semula Transaksi Pembayaran bagi pembelian Produk kepada rangkaian pembayaran supaya dapat diproses sekali lagi atau beberapa kali lagi, sekiranya Transaksi Pembayaran yang sebelumnya telah ditolak atau dikembalikan oleh rangkaian pembayaran.

3.2 Bil Pembawa

Sesetengah Penjual yang menerima Google Payments mungkin membenarkan anda menetapkan agar pembelian anda dibilkan kepada Akaun Bil Pembawa anda. Jika anda menggunakan Bil Pembawa melalui Google Payments, anda tertakluk pada syarat tambahan berikut:

3.3 Pembelian Langganan/Transaksi Berulang

Sekiranya anda ditawarkan oleh Perkhidmatan Pemproses untuk membayar langganan, langganan anda akan bermula apabila anda mengklik "Terima & beli" (atau frasa lain yang serupa) bagi pembelian langganan. Ini merupakan transaksi pengebilan yang berulang dan anda akan dikenakan caj secara automatik berdasarkan tempoh yang ditetapkan. Melainkan dinyatakan sebaliknya, langganan anda dan keizinan pengebilan yang berkaitan akan berterusan sehingga anda membatalkan langganan tersebut.

Dengan mengklik 'Terima & beli' (atau frasa yang serupa), anda mengizinkan Penjual berkenaan untuk mengecaj Jumlah Belian pada Instrumen Pembayaran anda sepanjang tempoh pengebilan yang ditetapkan bagi langganan. Anda turut mengizinkan Penjual berkenaan untuk mengecaj Jumlah Belian pada Instrumen Pembayaran lain, jika anda telah menetapkannya pada Akaun Google Payments anda, sekiranya Instrumen Pembayaran yang ditetapkan tidak dapat dicaj oleh Penjual atas apa-apa jua sebab.

Jumlah Belian akan terus dicaj pada Instrumen Pembayaran anda atau Instrumen Pembayaran lain yang ditetapkan (jika berkenaan) sepanjang setiap tempoh pengebilan, sehingga anda membatalkan langganan, melainkan dinyatakan sebaliknya dalam terma dan syarat. Jumlah Belian tertakluk pada perubahan yang dibuat oleh Penjual sepanjang tempoh langganan.

Instrumen Pembayaran anda akan dibilkan setiap tempoh berdasarkan tarikh pembelian langganan.

Anda boleh membatalkan langganan pada bila-bila masa dengan mengikut proses yang diterangkan di sini tetapi pembatalan hanya akan berkuat kuasa selepas tempoh pengebilan semasa tamat.

Kami berhak untuk mengeluarkan bayaran balik atau kredit mengikut budi bicara mutlak kami. Jika kami mengeluarkan bayaran balik atau kredit, kami tidak wajib untuk mengeluarkan bayaran balik yang sama atau serupa pada masa hadapan.

4. Transaksi Pembayaran Yang Dibenarkan

Anda hanya boleh menggunakan Perkhidmatan untuk memproses Transaksi Pembayaran bagi Produk yang dibeli daripada Penjual melalui penjualan Produk yang sah dan bona fide. Perkhidmatan tidak boleh digunakan untuk memproses Transaksi Pembayaran atau memindahkan wang antara Pembeli dengan Penjual, yang tidak berkaitan dengan pembelian Produk. Perkhidmatan tidak boleh digunakan untuk menerima pendahuluan tunai daripada Penjual atau untuk memudahkan pembelian kesetaraan tunai (cek kembara, kad prabayar, kiriman wang dsb.). Anda tidak boleh menggunakan Perkhidmatan untuk memproses Transaksi Pembayaran yang berkaitan dengan penjualan atau pertukaran barangan atau perkhidmatan yang tidak sah, atau urus niaga lain yang tidak sah.

Anda bersetuju bahawa anda tidak akan menggunakan Perkhidmatan untuk memproses Transaksi Pembayaran bagi mana-mana Produk yang melanggar Syarat Perkhidmatan ini, dasar atau peraturan lain yang dikenakan pada Perkhidmatan, atau undang-undang berkenaan. Dasar semasa yang menghuraikan Produk dan transaksi lain yang tidak boleh dibayar menggunakan Perkhidmatan boleh didapati di sini. Kegagalan untuk mematuhi had ini boleh menyebabkan penggunaan Perkhidmatan anda digantung atau ditamatkan.

5. Kad Hadiah Google Play

5.1 Kelayakan dan Penebusan

Kad Hadiah Google Play ("Kad Hadiah") dikeluarkan oleh GPMY. Kad Hadiah hanya sah bagi penduduk Malaysia yang berumur 13 tahun ke atas. Untuk menebus Kad Hadiah, anda memerlukan akses Internet dan kelayakan untuk memiliki atau membuat akaun Google Payments Malaysia. Bagi pengguna yang berumur 13-17 tahun, penyertaan Google Payments terhad pada penebusan Kad Hadiah di Google Play sahaja. GPMY mungkin memberi pembeli Kad Hadiah maklumat tentang status penebusan Kad Hadiah yang dibeli oleh mereka. Penggunaan Kad Hadiah tertakluk pada Syarat Perkhidmatan Kad Hadiah Google Play yang tersedia di https://play.google.com/intl/ALL_my/about/card-terms.html. Sekiranya terdapat konflik antara Syarat Perkhidmatan Kad Hadiah Google Play dan Syarat Perkhidmatan Google Payments ini, Syarat Perkhidmatan Kad Hadiah Google Play akan terpakai kepada pengunaan Kad Hadiah.

5.2 Pengehadan

Kad Hadiah tidak boleh ditebus untuk mendapatkan wang tunai atau kad lain, tidak boleh ditambah nilai atau dibayar balik (melainkan akaun ditutup atau terdapat caj salah yang disebabkan ralat teknikal), tidak boleh digabungkan dengan baki bukan Kad Hadiah Google Play yang lain dalam akaun Google Payments anda dan tidak boleh dijual semula, ditukar atau dipindahkan nilai, melainkan sepertimana yang dikehendaki oleh undang-undang. Jika nilai pesanan yang akan dibayar dengan baki Kad Hadiah melebihi baki Kad Hadiah anda, transaksi tersebut akan ditolak. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang berkenaan, GPMY menafikan semua jaminan tersurat atau tersirat berkenaan Kad Hadiah dan Google Play.

5.3 Penipuan

GPMY tidak bertanggungjawab jika Kad Hadiah hilang, dicuri, musnah atau digunakan tanpa kebenaran anda. GPMY berhak untuk menggantung atau menutup akaun pelanggan dan mengebilkan bentuk pembayaran alternatif jika Kad Hadiah yang diperoleh melalui penipuan ditebus dan/atau digunakan untuk membuat pembelian di Google Play.

5.4 Penyelesaian Pertikaian

GPMY telah diluluskan oleh Bank Negara Malaysia untuk mengendalikan perniagaan e-wang. Jika GPMY tidak memberikan respons yang memuaskan kepada anda melalui halaman hubungan Perkhidmatan, anda boleh menghubungi Bank Negara melalui BNMLINK dan BNM TELELINK. Butiran hubungan BNMLINK dan BNM TELELINK adalah seperti berikut:

(a) BNM LINK:

(Pusat Khidmat Pelanggan Jumpa Terus)

Tingkat Bawah, Blok D

Jalan Dato' Onn

50480 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 9.00 pg. - 5.00 ptg. ((Isnin - Jumaat)

(b) BNM TELELINK:

Pusat Hubungan (BNMTELELINK)

Laman Informasi Nasihat dan Khidmat (LINK)

Bank Negara Malaysia

Peti Surat 10922

50929 Kuala Lumpur

Tel : 1-300-88-5465 (1-300-88-LINK)

(Luar negara: 603-2174-1717)

Faks: 603-2174-1515

E-mel: bnmtelelink@bnm.gov.my

SMS : 15888

Waktu Operasi: 9.00 pg. - 5.00 ptg. ((Isnin - Jumaat)

Orang awam boleh menghubungi BNM melalui SMS dengan menghantar SMS ke 15888* dalam format berikut:

Perkhidmatan yang tersedia

Mesej penghantaran

Untuk menyerahkan pertanyaan atau aduan kepada Bank Negara Malaysia

BNM TANYA [+ pertanyaan / aduan anda]

Untuk mendapatkan alamat surat-menyurat dan butiran hubungan Bank Negara Malaysia

BNM ALAMAT

*Pengirim akan dicaj RM0.15 bagi pengiriman mesej dan RM0.20 bagi penerimaan mesej oleh penyedia perkhidmatan telekomunikasi.

6. Had Penggunaan Perkhidmatan

Kami boleh menetapkan amalan umum dan had berkenaan penggunaan Perkhidmatan, termasuk tetapi tidak terhad pada had transaksi individu atau agregat bagi jumlah dolar atau bilangan Transaksi Pembayaran sepanjang mana-mana tempoh masa yang dinyatakan. Kami berhak untuk mengubah, menggantung atau menghentikan sebarang aspek Perkhidmatan pada bila-bila masa, termasuk waktu operasi atau ketersediaan Perkhidmatan atau mana-mana ciri Perkhidmatan, tanpa memberikan notis dan tanpa liabiliti. Kami juga berhak untuk mengehadkan sesetengah ciri Perkhidmatan atau mengehadkan akses kepada sebahagian atau seluruh Perkhidmatan tanpa memberikan notis dan tanpa liabiliti. Kami boleh menolak untuk memproses sebarang Transaksi Pembayaran tanpa memberikan notis terlebih dahulu kepada Pembeli atau Penjual.

Kami tidak menjamin bahawa fungsi yang terkandung dalam Perkhidmatan tidak akan terganggu atau bebas ralat, dan kami tidak bertanggungjawab terhadap gangguan perkhidmatan (termasuk, tetapi tidak terhad pada, bocoran kuasa, kegagalan sistem atau gangguan lain yang boleh menjejaskan terimaan, pemprosesan, penerimaan, penyempurnaan dan penyelesaian Transaksi Pembayaran atau Perkhidmatan).

Kami boleh mengehadkan atau menggantung penggunaan Perkhidmatan pada bila-bila masa, mengikut budi bicara mutlak kami. Jika kami menggantung penggunaan Perkhidmatan, kami akan cuba memaklumi anda melalui mel elektronik. Penggantungan penggunaan Perkhidmatan tidak akan menjejaskan hak dan kewajipan anda yang timbul sebelum atau selepas penggantungan tersebut, mengikut Syarat Perkhidmatan ini.

7. Maklumat Nama Pengguna dan Kata Laluan

Anda bertanggungjawab untuk:

1) mengekalkan kerahsiaan nama pengguna dan kata laluan anda,

2) mana-mana dan semua transaksi oleh individu yang anda berikan akses ataupun yang menggunakan nama pengguna atau kata laluan tersebut, dan

3) mana-mana dan semua akibat penggunaan atau penyalahgunaan nama pengguna dan kata laluan anda. Anda bersetuju untuk memaklumi kami dengan serta-merta tentang penggunaan nama pengguna atau kata laluan anda yang tidak diizinkan atau pelanggaran keselamatan lain yang anda ketahui berhubung Perkhidmatan.

Jika Pembeli ialah entiti perniagaan, Pembeli bersetuju bahawa semua pegawai, pekerja, ejen, wakil dan orang lain yang mempunyai akses kepada nama pengguna dan/atau kata laluan akan diletak hak oleh Pembeli dengan kuasa untuk menggunakan Perkhidmatan dan mengikat Pembeli secara sah. Pembeli hendaklah bertanggungjawab terhadap semua tindakan yang dilakukan oleh pegawai, pekerja, ejen, wakil dan orang lain yang masih terlibat atau pernah terlibat dengan Pembeli, tidak kira sama ada dibenarkan oleh Pembeli atau tidak, yang mengakses Perkhidmatan menggunakan nama pengguna dan kata laluan Pembeli.

8. Privasi

Anda memaklumi dan bersetuju bahawa maklumat peribadi yang diberikan kepada kami berkenaan Perkhidmatan tertakluk pada Dasar Privasi Perkhidmatan.

9. Penggunaan Komunikasi Elektronik

Kami boleh berkomunikasi dengan anda tentang Perkhidmatan melalui komunikasi elektronik, termasuklah

(a) menghantar mel elektronik ke alamat e-mel yang anda berikan semasa pendaftaran, atau

(b) menyiarkan notis atau komunikasi di Tapak Web Google. Anda bersetuju bahawa kami boleh berkomunikasi dengan anda melalui komunikasi elektronik tentang perkara berikut: Syarat Perkhidmatan ini (dan semakan atau pindaan), notis atau pendedahan berkenaan Perkhidmatan, keizinan pembayaran dan perkara lain berkenaan penggunaan anda yang berkaitan dengan Perkhidmatan.

Anda perlu menyimpan salinan komunikasi elektronik dengan mencetak salinan kertas atau menyimpan salinan elektronik. Komunikasi elektronik akan dianggap sebagai sudah anda terima apabila kami menghantar komunikasi elektronik ke alamat e-mel yang anda berikan semasa pendaftaran atau yang anda kemas kini selepas itu, mengikut Syarat Perkhidmatan ini, atau apabila kami menyiarkan komunikasi elektronik di Tapak Web Google.

Untuk komunikasi atau rekod selainnya yang perlu kami sediakan dalam bentuk kertas bertulis kepada anda menurut undang-undang yang berkenaan, anda bersetuju bahawa kami boleh memberikan komunikasi atau rekod tersebut melalui komunikasi elektronik. Syarat tambahan berikut akan dikenakan pada komunikasi elektronik sedemikian: (a) anda boleh menghubungi kami melalui halaman hubungan Perkhidmatan untuk meminta satu lagi salinan elektronik bagi komunikasi elektronik tersebut tanpa dikenakan bayaran; (b) anda boleh meminta salinan kertas bagi komunikasi elektronik tersebut dan kami berhak untuk mengenakan bayaran kerana menyediakan salinan kertas tersebut; (c) anda boleh menghubungi kami melalui halaman hubungan untuk mengemas kini maklumat pendaftaran anda yang digunakan untuk komunikasi elektronik atau untuk menarik balik persetujuan untuk menerima komunikasi elektronik; dan (d) kami berhak untuk menamatkan penggunaan Perkhidmatan anda jika anda menolak atau menarik balik persetujuan untuk menerima komunikasi elektronik daripada kami.

10. Yuran Perkhidmatan

Kami tidak mengenakan bayaran untuk menggunakan Perkhidmatan sebagai Pembeli. Institusi kewangan yang mengeluarkan atau Pembawa yang menyediakan Instrumen Pembayaran anda mungkin mengenakan bayaran untuk pendebitan atau pembayaran bagi Instrumen Pembayaran yang perlu dibuat disebabkan Transaksi Pembayaran. Anda perlu merujuk terma dan syarat yang mentadbir Instrumen Pembayaran anda untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang bayaran sedemikian.

11. Pertikaian

GPC akan menyediakan pelbagai alat untuk membantu Pelanggan saling berkomunikasi untuk menyelesaikan pertikaian yang mungkin timbul antara Pembeli dengan Penjual berkenaan urus niaga mereka. Jika Pelanggan tidak dapat menyelesaikan pertikaian, kami boleh menjadi pengantara pertikaian antara pembeli dengan penjual jika mana-mana pihak meminta bantuan. Jika perkara ini berlaku, kami akan menyemak pertikaian dan mencadangkan penyelesaian yang tidak mengikat, sekiranya wajar. Untuk mendapatkan maklumat terperinci, sila lihat Soalan Lazim kami.

GPC mungkin menawarkan maklum balas atau sistem penilaian lain berkenaan Perkhidmatan untuk membantu anda menilai Pelanggan Perkhidmatan yang lain. Anda memaklumi bahawa maklum balas atau sistem penilaian tersebut mencerminkan pendapat Pelanggan Perkhidmatan yang lain semata-mata dan bukan pendapat, pernyataan atau jaminan GPC berkenaan Pelanggan Perkhidmatan yang lain.

Anda bersetuju untuk melepaskan GPC, Google dan gabungan GPC yang lain serta ejen, kontraktor, pegawai dan pekerja mereka, daripada semua tuntutan, permintaan dan kerugian (sebenar dan turutan) yang timbul atau dikaitkan dengan pertikaian dalam apa-apa cara. Anda bersetuju bahawa anda tidak akan melibatkan GPC dalam sebarang litigasi atau pertikaian lain yang timbul atau yang berkaitan dengan mana-mana urus niaga, perjanjian atau urusan dengan mana-mana Penjual, Pembeli lain, pengiklan atau pihak ketiga lain yang berkaitan dengan Perkhidmatan. Jika anda cuba berbuat demikian, (i) anda hendaklah membayar semua kos dan bayaran peguam GPC, Google dan gabungan GPC lain dan hendaklah menyediakan perlindungan seperti yang dinyatakan di bawah dan (ii) bidang kuasa untuk litigasi atau pertikaian tersebut hendaklah dihadkan seperti yang dinyatakan di bawah. Namun, tiada apa-apa dalam Syarat Perkhidmatan ini mengandungi penepian sebarang hak, tuntutan atau pembelaan yang mungkin anda ada, berkaitan dengan Transaksi Pembayaran mengikut perjanjian pengeluar kad Pembeli, terma dan syarat Akaun Bil Pembawa, peraturan persatuan kad atau mana-mana undang-undang yang berkenaan.

12. Bayaran Balik

Jika anda berpendapat bahawa akaun anda telah dibuka atau digunakan tanpa izin, sila lihat proses perlindungan penipuan kami. Sila lihat Soalan Lazim kami untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara kami melindungi anda daripada penipuan. Melainkan seperti yang dinyatakan dalam Syarat Perkhidmatan ini, semua Transaksi Pembayaran yang diproses melalui Perkhidmatan tidak boleh dibayar balik kepada Pembeli oleh GPC dan tidak boleh dibalikkan oleh Pembeli melalui Perkhidmatan.

13. GPC Bukan Institusi Perbankan

GPC memproses Transaksi Pembayaran bagi pihak Penjual. GPC bukan bank atau institusi depositori lain. Dana yang dipegang oleh GPC atau penyedia perkhidmatannya (termasuk mana-mana penyedia perkhidmatan bank) yang berkaitan dengan pemprosesan Transaksi Pembayaran bukan kewajipan deposit Pembeli dan tidak diinsuranskan bagi manfaat Pembeli oleh mana-mana agensi kerajaan.

14. Penamatan Perkhidmatan

Kami boleh, mengikut budi bicara mutlak kami dan tanpa liabiliti terhadap anda atau mana-mana pihak ketiga, menamatkan penggunaan anda berkaitan dengan Perkhidmatan atas apa-apa jua sebab, termasuk tetapi tidak terhad pada ketidakaktifan atau pelanggaran Syarat Perkhidmatan ini atau dasar lain yang kami tetapkan dari semasa ke semasa.

Selepas penggunaan Perkhidmatan ditamatkan, anda tetap bertanggungjawab terhadap semua Transaksi Pembayaran dan sebarang kewajipan lain yang anda tanggung. Selepas penamatan, kami berhak untuk melarang akses anda kepada Perkhidmatan, termasuk tetapi tidak terhad pada, dengan menyahaktifkan nama pengguna dan kata laluan anda dan menolak akses anda (atau saudara atau kenalan anda yang lain, atau jika entiti perniagaan, syarikat induk, gabungan atau anak syarikat atau pengganti mereka) kepada Perkhidmatan pada masa hadapan.

15. Tanggungjawab Pembeli terhadap Cukai

Anda bertanggungjawab untuk melaporkan dan membayar cukai yang terakru daripada penggunaan Perkhidmatan. Anda dengan ini bersetuju untuk mematuhi mana-mana dan semua undang-undang cukai yang berkenaan, termasuk pelaporan dan pembayaran sebarang cukai yang timbul daripada Transaksi Pembayaran.

16. Tiada Pengendorsan Produk

GPC tidak mewakili atau menyokong dan tidak bertanggungjawab terhadap:

(a) keselamatan, kualiti, ketepatan, kebolehpercayaan, integriti atau kesahan mana-mana Produk, kebenaran atau ketepatan perihalan Produk, atau nasihat, pendapat, tawaran, cadangan, penyataan, data atau maklumat lain (secara kolektif, "Kandungan") yang dipaparkan atau diedarkan, dibeli atau dibayar melalui Perkhidmatan atau Tapak Web Google; atau

(b) keupayaan Pembeli untuk membeli Produk, atau Penjual untuk menghantar Produk. GPC dengan ini menafikan sebarang liabiliti atau tanggungjawab terhadap kesalahan atau ketinggalan dalam Kandungan atau dalam Perkhidmatan. GPC berhak, tetapi tidak bertanggungjawab, untuk mengedit, mengubah suai, menolak untuk menyiarkan atau mengalih keluar sebarang Kandungan, keseluruhannya atau sebahagiannya, yang mengikut budi bicara mutlak GPC adalah tidak menyenangkan, salah, tidak sah, palsu atau melanggar Syarat Perkhidmatan ini untuk Pembeli.

17. Harta Yang Tidak Dituntut

Jika kami memegang dana yang terhutang kepada anda daripada Transaksi Pembayaran yang diproses melalui Perkhidmatan atau sebaliknya, dan kami tidak dapat menghubungi anda atau tiada rekod anda menggunakan Perkhidmatan selama beberapa tahun, undang-undang yang berkenaan mungkin mengehendaki kami melaporkan dana ini sebagai harta tidak dituntut. Jika perkara ini berlaku, kami akan cuba mencari anda di alamat yang terdapat dalam rekod kami, tetapi jika kami tidak dapat mencari anda, kami mungkin perlu menghantar dana tersebut kepada negeri yang berkenaan sebagai harta yang tidak dituntut. Kami berhak untuk menolak yuran kedormanan atau caj pentadbiran lain daripada dana yang tidak dituntut itu, sebagaimana yang dibenarkan oleh undang-undang berkenaan.

18. Perlindungan

Anda bersetuju untuk melindungi, mempertahankan dan memegang-lepas GPC, Google dan anak syarikat serta gabungan lain, dan pengarah, pegawai, pemilik, ejen, penjenama bersama atau rakan kongsi lain, pekerja, penyedia maklumat, pemberi lesen, pemegang lesen, perunding, kontraktor dan pihak ketiga lain yang berkenaan (termasuk tetapi tidak terhad pada Paymentech, L.P. dan Pelanggan yang berkaitan) (secara kolektif, "Pihak Yang Dilindungi") daripada dan terhadap sebarang dan semua tuntutan, permintaan, kuasa tindakan, hutang atau liabiliti, termasuk bayaran peguam yang munasabah, termasuk tetapi tidak terhad pada yuran dan kos peguam yang terakru oleh Pihak Yang Dilindungi, berkaitan dengan atau yang timbul daripada: (i) penggunaan Perkhidmatan; (ii) sebarang pelanggaran atau ketidakpatuhan yang anda lakukan terhadap mana-mana Syarat Perkhidmatan ini atau dasar GPC; (iii) sebarang pertikaian atau litigasi yang disebabkan oleh tindakan atau peninggalan anda; atau (iv) kecuaian anda atau pelanggaran atau dakwaan pelanggaran terhadap mana-mana undang-undang atau hak pihak ketiga.

19. Penafian Jaminan

PERKHIDMATAN, TERMASUK SEMUA KANDUNGAN, PERISIAN, FUNGSI, BAHAN DAN MAKLUMAT YANG DISEDIAKAN, YANG DIBERIKAN BERKAITAN DENGAN ATAU BOLEH DIAKSES MELALUI PERKHIDMATAN, DIBERIKAN "SEPERTI ADANYA." SETAKAT SEPENUHNYA YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG, GPC, GOOGLE DAN ANAK SYARIKAT MEREKA DAN GABUNGAN LAIN SERTA EJEN MEREKA, PENJENAMA BERSAMA ATAU RAKAN KONGSI LAIN (SECARA KOLEKTIF, "PIHAK GPC"), TIDAK MEWAKILI ATAU MENJAMIN, DALAM APA-APA JUA CARA, PERKHIDMATAN ATAU KANDUNGAN, BAHAN, MAKLUMAT DAN FUNGSI YANG BOLEH DIAKSES OLEH PERISIAN YANG DIGUNAKAN ATAU DIAKSES MELALUI PERKHIDMATAN, ATAU SEBARANG PELANGGARAN KESELAMATAN YANG DIKAITKAN DENGAN TRANSMISI MAKLUMAT SENSITIF MELALUI PERKHIDMATAN. SETIAP PIHAK GPC MENAFIKAN, TERMASUK TETAPI TIDAK TERHAD PADA, JAMINAN DALAM SEBARANG BENTUK YANG BERKAITAN DENGAN PERKHIDMATAN, KETAKLANGGARAN, KEBOLEHDAGANGAN ATAU KESESUAIAN UNTUK TUJUAN TERTENTU. PIHAK GPC TIDAK MENJAMIN BAHAWA FUNGSI YANG TERKANDUNG DALAM PERKHIDMATAN TIDAK AKAN TERGANGGU ATAU BEBAS DARIPADA RALAT. PIHAK GPC TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG GANGGUAN PERKHIDMATAN, TERMASUK TETAPI TIDAK TERHAD PADA, KEGAGALAN SISTEM ATAU GANGGUAN LAIN YANG BOLEH MENJEJASKAN PENERIMAAN, PEMPROSESAN, PENYEMPURNAAN ATAU PENYELESAIAN TRANSAKSI PEMBAYARAN ATAU PERKHIDMATAN.

20. Had Liabiliti; Force Majeure

MANA-MANA PIHAK GPC SAMA SEKALI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB DAN TIDAK DIPERTANGGUNGJAWABKAN TERHADAP PEMBELI ATAU MANA-MANA PIHAK KETIGA DALAM APA-APA JUA KEADAAN UNTUK SEBARANG KEROSAKAN ATAU KERUGIAN TIDAK LANGSUNG, TURUTAN, KHAS, PUNITIF ATAU TELADAN, TERMASUK TETAPI TIDAK TERHAD PADA KERUGIAN YANG DISEBABKAN OLEH KEHILANGAN KEUNTUNGAN, MUHIBAH, PENGGUNAAN, DATA ATAU KERUGIAN TIDAK KETARA LAIN YANG MUNGKIN BERLAKU BERKAITAN DENGAN MANA-MANA PIHAK GPC ATAU PERKHIDMATAN, ATAU SEBARANG BARANGAN, PERKHIDMATAN ATAU MAKLUMAT YANG DIBELI, DITERIMA, DIJUAL ATAU DIBAYAR MELALUI PERKHIDMATAN, TANPA MENGIRA JENIS TUNTUTAN ATAU SIFAT KUASA TINDAKAN, WALAUPUN PIHAK GPC TELAH DINASIHATKAN TENTANG KEMUNGKINAN KEROSAKAN ATAU KERUGIAN TERSEBUT. JUMLAH LIABILITI KUMULATIF PIHAK GPC DARIPADA ATAU YANG BERKAITAN DENGAN PERJANJIAN INI TIDAK BOLEH MELEBIHI BAYARAN BERSIH YANG DITERIMA OLEH GPC DAN DIKEKALKAN DARIPADA TRANSAKSI PEMBAYARAN SAH PEMBELI SEPANJANG TEMPOH TIGA BULAN SEBELUM TARIKH TUNTUTAN. Setiap pihak memaklumi bahawa pihak yang satu lagi telah bersetuju dengan Syarat Perkhidmatan ini bergantung pada had liabiliti yang dinyatakan di sini dan bahawa had tersebut merupakan asas penting tawar-menawar antara pihak. Selain dan tanpa mengehadkan apa-apa syarat sebelum ini, mana-mana Pihak GPC tidak akan bertanggungjawab terhadap mana-mana kegagalan atau kelewatan akibat sebarang keadaan yang di luar kawalan munasabah pihak tersebut, termasuk tetapi tidak terhad pada tindakan kerajaan atau kegiatan keganasan, gempa bumi, kebakaran, banjir atau bencana alam lain, situasi tenaga kerja, gangguan bekalan kuasa dan gangguan Internet.

21. Bidang Kuasa; Undang-undang Pentadbiran

Syarat Perkhidmatan ini akan ditadbir oleh undang-undang California, kecuali pilihan peraturan undang-undang California, serta undang-undang persekutuan Amerika Syarikat yang berkenaan. Setiap pihak bersetuju untuk mematuhi bidang kuasa peribadi dan eksklusif mahkamah yang terletak di Santa Clara County, California. Pihak tersebut secara khususnya mengecualikan penggunaan Konvensyen Bangsa-bangsa Bersatu berkenaan Kontrak untuk Jualan Barangan Antarabangsa dan Akta Urus Niaga Maklumat Komputer Seragam pada Syarat Perkhidmatan ini.

22. Notis

Selain komunikasi elektronik yang diizinkan mengikut Bahagian yang bertajuk "Penggunaan Komunikasi Elektronik", penyata, notis dan komunikasi lain kepada Pembeli boleh dibuat melalui mel, e-mel, siaran di Tapak Web Google atau cara lain yang munasabah. Kami juga boleh memberikan notis perubahan pada Syarat Perkhidmatan atau perkara lain dengan memaparkan pautan notis di Tapak Web Google.

Notis kepada GPC boleh dibuat melalui mel kepada:

c/o Google LLC

Attn: Google Payments

1600 Amphitheatre Parkway

Mountain View, CA 94043

23. Pengubahsuaian Syarat Perkhidmatan untuk Pembeli

Kami berhak, mengikut budi bicara mutlak kami, untuk mengubah, mengubah suai atau meminda mana-mana bahagian Syarat Perkhidmatan ini pada bila-bila masa dengan menyiarkan pemberitahuan di Tapak Web Google atau menyampaikan pemberitahuan tersebut kepada anda. Perubahan akan berkuat kuasa dan akan dianggap sebagai sudah anda terima, dua puluh satu (21) hari selepas siaran pertama ("Tarikh Notis Berkuat Kuasa") dan akan digunakan secara berterusan pada masa hadapan berkenaan Transaksi Pembayaran yang dimulakan selepas Tarikh Notis Berkuat Kuasa. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan mana-mana pengubahsuaian tersebut, satu-satunya remedi eksklusif anda adalah untuk menamatkan penggunaan Perkhidmatan.

24. Penyerahan Hak

Anda tidak boleh menyerah hak Syarat Perkhidmatan ini atau mana-mana hak atau obligasi yang terkandung, melalui pengendalian undang-undang atau sebaliknya, tanpa kelulusan bertulis daripada kami terlebih dahulu dan sebarang penyerahan hak yang cuba dilakukan akan dianggap tidak sah. Kami berhak untuk menyerahkan hak Syarat Perkhidmatan ini dan hak serta obligasi yang terkandung, secara bebas kepada mana-mana pihak ketiga tanpa notis atau persetujuan. Tertakluk pada syarat sebelum ini, Syarat Perkhidmatan ini mengikat dan memberikan manfaat kepada pihak yang disebut di sini, pengganti mereka dan pemegang serah hak yang dibenarkan.

25. Ketahanan

Sebaik sahaja penggunaan Perkhidmatan atau Syarat Perkhidmatan ini ditamatkan atas apa-apa jua sebab, selain bahagian ini, bahagian berikut akan terus berkuat kuasa: 3.1, 5, 7, 8, 10, 12 sehingga 21, dan 25.

26. Peruntukan Lain

Kegagalan GPC untuk melaksanakan atau menguatkuasakan mana-mana hak atau peruntukan Syarat Perkhidmatan tidak menepikan hak atau peruntukan tersebut. Jika mana-mana peruntukan Syarat Perkhidmatan ini diputuskan oleh mana-mana mahkamah dengan bidang kuasa kompeten sebagai tidak boleh dikuatkuasakan atau tidak sah, peruntukan tersebut hendaklah dihadkan atau disingkirkan ke tahap minimum yang perlu, agar Syarat Perkhidmatan ini kekal sah dan berkuat kuasa dan boleh dikuatkuasakan antara pihak tersebut. Tajuk digunakan sebagai rujukan sahaja dan tidak mentakrif, mengehadkan, mentafsir atau menerangkan skop atau takat bahagian tersebut. Syarat Perkhidmatan ini, termasuk dasar GPC yang mentadbir Perkhidmatan yang dirujuk di sini, membentuk seluruh perjanjian antara GPC dengan Pembeli, berkenaan penggunaan Perkhidmatan oleh Pembeli. Syarat Perkhidmatan ini tidak bermaksud dan tidak boleh diertikan untuk mewujudkan sebarang hak atau remedi bagi mana-mana pihak selain Pembeli dan GPC, Google dan gabungan GPC lain yang setiap satunya merupakan benefisiari pihak ketiga bagi Syarat Perkhidmatan untuk Pembeli, dan orang lain tidak boleh menuntut sebarang hak sebagai benefisiari pihak ketiga.