Notis Privasi Google Payments
Terakhir diubah suai pada 18 November 2024
Dasar Privasi Google menerangkan cara kami mengendalikan maklumat peribadi apabila anda menggunakan produk dan perkhidmatan Google. Jika anda berumur bawah 18 tahun, anda boleh menemukan sumber tambahan dalam Panduan Privasi Remaja Google.
Google Payments ditawarkan kepada pemegang Google Account dan penggunaan Perkhidmatan ini tertakluk pada Dasar Privasi Google. Selain itu, Notis Privasi ini menghuraikan amalan privasi Google yang khusus bagi Google Payments.
Penggunaan Google Payments dikawal oleh Syarat Perkhidmatan Google Payments, yang menerangkan perkhidmatan yang terangkum dalam Notis Privasi ini dengan lebih terperinci. Istilah berhuruf besar yang tidak ditakrifkan dalam Notis Privasi ini hendaklah mempunyai maksud yang diberikan kepada istilah tersebut dalam Syarat Perkhidmatan Google Payments.
Notis Privasi Google Payments dikenakan pada perkhidmatan yang ditawarkan oleh Google LLC atau anak syarikat milik penuh Google LLC, termasuk Google Payment Corp. ('GPC'). Rujuk Syarat Perkhidmatan Google Payments yang disediakan dalam perkhidmatan untuk anda mengetahui lebih lanjut tentang anak syarikat yang menawarkan perkhidmatan tersebut.
- Untuk pengguna yang berada di Brazil, pengawal data yang bertanggungjawab terhadap maklumat anda ialah Google LLC dan, setakat yang dikehendaki oleh undang-undang Brazil, pengawal data yang bertanggungjawab terhadap maklumat anda mungkin ialah Google Brasil Pagamentos Ltda
- Untuk pengguna (melainkan mereka yang menjual barangan dalam platform pasaran Google) yang berpusat operasi di Kawasan Ekonomi Eropah (tidak termasuk UK), pengawal data yang bertanggungjawab terhadap maklumat anda ialah Google Ireland Limited
- Untuk pengguna yang berpusat operasi di Kawasan Ekonomi Eropah, tidak termasuk UK, dan menjual barangan dalam platform pasaran Google, pengawal data yang bertanggungjawab terhadap maklumat anda ialah Google Payment Ireland Limited
- Untuk pengguna (melainkan mereka yang menjual barangan dalam platform pasaran Google) yang berpusat operasi di UK, pengawal data yang bertanggungjawab terhadap maklumat anda ialah Google LLC
- Untuk pengguna yang berpusat operasi di UK dan menjual barangan di platform pasaran Google, pengawal data yang bertanggungjawab terhadap maklumat anda ialah Google Payment Limited
Maklumat yang kami kumpul
Di samping maklumat yang disenaraikan dalam Dasar Privasi Google, kami juga akan mengumpulkan maklumat yang berikut:
Maklumat pendaftaran
Apabila anda mendaftar untuk Google Payments, anda membuat profil pembayaran Google yang akan dikaitkan dengan Google Account anda. Bergantung pada perkhidmatan Google Payments yang anda gunakan, selain maklumat yang disenaraikan dalam Dasar Privasi Google, anda mungkin diminta untuk memberikan maklumat, seperti:
- Nombor kad kredit atau debit dan tarikh tamat tempoh kad
- Nombor akaun bank dan tarikh tamat tempoh
- Alamat
- Nombor telefon
- Tarikh lahir
- Nombor insurans atau nombor pengenalan pembayar cukai kebangsaan (atau nombor kad pengenalan yang dikeluarkan oleh kerajaan yang lain)
- Untuk penjual atau perniagaan khususnya, kategori perniagaan anda dan maklumat tertentu tentang jumlah jualan atau transaksi anda
Dalam sesetengah keadaan, anda mungkin perlu memberi kami maklumat tambahan atau menjawab soalan tambahan untuk mengesahkan maklumat atau identiti anda. Akhir sekali, jika anda mendaftar akaun pengebilan pembawa atau pengendali, kami akan meminta anda memberikan maklumat tertentu tentang akaun pembawa atau pengendali anda.
Maklumat pendaftaran anda akan disimpan dan dikaitkan dengan Google Account anda, dan pendaftaran kaedah pembayaran anda akan disimpan pada pelayan Google. Data tertentu juga mungkin disimpan pada peranti mudah alih anda.
Maklumat yang diperoleh daripada pihak ketiga
Kami mungkin memperoleh maklumat tentang anda daripada pihak ketiga, termasuk perkhidmatan pengesahan pihak ketiga. Hal ini termasuk:
- Maklumat yang didapati daripada transaksi Google Payments di lokasi pedagang
- Maklumat tentang penggunaan anda pada kaedah pembayaran dan akaun anda yang disediakan oleh pihak ketiga dan dipautkan kepada Google Payments
- Identiti pengeluar kad atau institusi kewangan anda
- Maklumat ciri dan manfaat yang berkaitan dengan kaedah pembayaran anda
- Maklumat tentang akses kepada baki yang disimpan dalam profil pembayaran Google milik anda
- Maklumat daripada pembawa atau pengendali yang berkaitan dengan pengebilan pembawa atau pengendali
- Laporan pengguna, mengikut takrifan istilah 'laporan pengguna' oleh Akta Pelaporan Kredit Saksama AS
- Maklumat tentang transaksi anda dengan pihak ketiga (seperti pedagang dan penyedia perkhidmatan pembayaran), yang akan digunakan untuk pemodelan risiko penipuan dan untuk memberikan skor risiko penipuan serta perkhidmatan pencegahan penipuan lain kepada pihak ketiga
Untuk penjual pula, kami akan mendapatkan maklumat tentang diri anda dan perniagaan anda daripada biro kredit atau perkhidmatan maklumat perniagaan.
Maklumat transaksi
Apabila anda menggunakan Google Payments untuk melakukan transaksi, kami mungkin mengumpulkan maklumat tentang transaksi, termasuk:
- Tarikh, masa dan jumlah transaksi
- Lokasi dan perihalan pedagang
- Perihalan yang diberikan oleh penjual bagi barangan atau perkhidmatan yang dibeli
- Foto yang anda pilih untuk dikaitkan dengan transaksi tersebut
- Nama serta alamat e-mel penjual dan pembeli (atau pengirim dan penerima)
- Jenis kaedah pembayaran yang digunakan
- Perihalan anda tentang sebab transaksi dilakukan serta tawaran yang dikaitkan dengan transaksi tersebut, jika ada
Cara kami menggunakan maklumat yang kami kumpulkan
Selain penggunaan yang disenaraikan dalam Dasar Privasi Google, kami menggunakan maklumat yang anda berikan kepada kami, Google Payment Corp. (GPC), atau anak syarikat kami yang lain, serta maklumat tentang anda daripada pihak ketiga, untuk:
- Menyediakan Google Payments kepada anda bagi tujuan khidmat pelanggan
- Mengelakkan kemudaratan terhadap hak, harta atau keselamatan Google, pengguna kami atau orang awam, termasuk untuk mengelakkan penipuan, pancingan data atau salah laku lain
- Membantu pihak ketiga menyediakan produk atau perkhidmatan yang anda minta daripada mereka
- Menyemak profil pembayaran Google anda untuk menentukan sama ada anda terus mematuhi syarat perkhidmatan atau tidak
- Membuat keputusan tentang transaksi Google Payments anda pada masa hadapan
- Membina dan melatih model risiko penipuan dengan maklumat sejarah dan semasa anda, dan menghasilkan skor dan penilaian risiko penipuan yang dikongsi dengan pihak ketiga semata-mata untuk tujuan pencegahan penipuan atau penyalahgunaan mereka
- Memberi anda maklumat tentang ciri dan manfaat kaedah pembayaran anda untuk membantu anda mengenal pasti kaedah pembayaran anda dengan lebih baik apabila menggunakan Google Payments
- Memenuhi keperluan perniagaan sah lain yang berkaitan dengan transaksi Google Payments yang anda mulakan
Kami mungkin mengekalkan maklumat yang anda berikan selama tempoh penggunaan anda pada Google Payments, dan untuk tempoh tambahan seperti yang diperlukan untuk mematuhi kewajipan undang-undang dan kawal selia kami.
Maklumat yang kami kongsi
Kami akan berkongsi maklumat peribadi anda dengan individu atau syarikat lain di luar Google dalam keadaan yang berikut sahaja:
- Seperti yang dibenarkan menurut Dasar Privasi Google
- Seperti yang dibenarkan oleh undang-undang
- Apabila diperlukan untuk memproses transaksi anda dan menyelenggara akaun anda, termasuk memberikan peningkatan perlindungan, melindungi akaun anda daripada penipuan, dan untuk tujuan perniagaan harian lain
- Untuk melengkapkan pendaftaran anda yang diminta untuk perkhidmatan yang disediakan oleh pihak ketiga
- Untuk memaklumi pedagang pihak ketiga, iaitu pemilik laman atau apl yang anda lawati, sama ada anda mempunyai profil pembayaran Google atau tidak yang boleh digunakan untuk membuat pembayaran melalui laman atau apl pedagang tersebut. Anda boleh memilih untuk mematikan tetapan ini
- Untuk berkongsi skor risiko penipuan dan penilaian penipuan lain dengan pihak ketiga yang menggunakan skor risiko Google dan perkhidmatan pencegahan penipuan, untuk melindungi transaksi anda dengan pihak ketiga daripada penipuan dan penyalahgunaan
- Untuk memastikan kaedah pembayaran anda selamat dan sah, dan untuk memberi anda maklumat yang berkaitan tentang ciri dan manfaat kaedah pembayaran anda, kami mungkin berkongsi maklumat peribadi anda dengan pengeluar kaedah pembayaran anda, rangkaian pembayaran, pemproses, dan ahli gabungan mereka
Contoh keadaan maklumat boleh dikongsi:
- Apabila anda membuat pembelian atau transaksi menggunakan Google Payments, kami akan memberikan maklumat peribadi anda yang tertentu kepada syarikat atau individu yang melakukan penjualan atau transaksi dengan anda. Hal ini termasuk perkongsian maklumat peribadi anda dengan pembangun yang menjalankan penjualan dengan anda apabila anda menggunakan Google Payments untuk membuat pembelian pada Google Play
- Apabila anda membuat pembelian melalui laman web atau apl dengan Google Pay, kami mungkin berkongsi poskod dan maklumat tentang kaedah pembayaran anda supaya pedagang boleh mengira cukai, penghantaran, dan butiran lain yang berkaitan dengan kos pesanan anda (seperti kos penghantaran dan maklumat harga lain), serta mengenal pasti sama ada pedagang boleh menerima bentuk pembayaran itu daripada anda atau tidak serta manfaat atau sekatan bagi bentuk pembayaran tertentu untuk pembelian anda
- Apabila anda menambahkan kaedah pembayaran pihak ketiga pada profil pembayaran Google anda, kami mungkin bertukar-tukar maklumat peribadi tertentu dengan pembekal pembayaran pihak ketiga supaya kami boleh menyediakan perkhidmatan tersebut kepada anda. Maklumat mungkin termasuk nama, imej profil, e-mel, alamat protokol Internet (IP), alamat pengebilan, nombor telefon, maklumat peranti, lokasi, dan maklumat aktiviti Google Account anda
- Apabila anda melawati laman atau apl pedagang yang mengambil bahagian, pedagang tersebut boleh menyemak sama ada anda mempunyai profil pembayaran Google dengan kaedah pembayaran yang layak digunakan atau tidak untuk membuat pembelian melalui laman atau apl pedagang, untuk mengurangkan kemungkinan paparan ciri yang tidak boleh digunakan pada laman atau apl yang anda gunakan
- Apabila anda melakukan transaksi dengan pihak ketiga (seperti pedagang dan penyedia perkhidmatan pembayaran), kami mungkin menghantar skor risiko penipuan dan penilaian penipuan lain yang berkaitan dengan transaksi pembayaran anda kepada pihak ketiga ini, semata-mata untuk tujuan pencegahan penipuan atau penyalahgunaan mereka sendiri
Maklumat yang kami kumpulkan, termasuk maklumat yang diperoleh daripada pihak ketiga, boleh dikongsi dengan ahli gabungan kami, iaitu syarikat lain yang dimiliki dan dikawal oleh Google LLC. Ahli gabungan kami, yang mungkin termasuk entiti kewangan dan bukan kewangan, akan menggunakan maklumat tersebut untuk tujuan seperti yang didedahkan dalam Notis Privasi ini dan Dasar Privasi Google, termasuk untuk tujuan perniagaan harian mereka.
Kami memberi anda hak untuk menarik diri daripada perkongsian tertentu antara GPC dengan ahli gabungannya, jika berkenaan. Secara khususnya, anda boleh menarik diri daripada:
- Perkongsian antara GPC dengan ahli gabungannya berkenaan dengan maklumat tentang kepercayaan kredit anda untuk tujuan perniagaan harian mereka; dan/atau
- Ahli gabungan kami yang memasarkan produk atau perkhidmatan mereka kepada anda berdasarkan maklumat peribadi anda yang kami kumpulkan dan kongsi dengan mereka. Maklumat ini termasuk sejarah akaun anda dengan kami
Anda juga boleh memilih untuk menarik diri daripada membenarkan Google LLC atau ahli gabungannya memaklumi pedagang pihak ketiga, iaitu pemilik laman atau apl yang anda lawati, sama ada anda mempunyai profil pembayaran Google atau tidak yang boleh digunakan untuk membuat pembayaran melalui laman atau apl pedagang tersebut.
Jika anda menarik diri, pilihan anda akan dikuatkuasakan sehingga anda memaklumi kami untuk menukar pilihan anda.
Jika anda tidak mahu kami berkongsi maklumat peribadi tentang kepercayaan kredit anda antara GPC dengan ahli gabungannya, atau jika anda tidak mahu ahli gabungan kami menggunakan maklumat peribadi anda yang dikumpulkan oleh kami dan dikongsi dengan mereka untuk membuat pemasaran kepada anda, atau jika anda tidak mahu Google LLC atau ahli gabungannya memaklumi pedagang pihak ketiga, iaitu pemilik laman atau apl yang anda lawati, sama ada anda mempunyai profil pembayaran Google atau tidak, sila nyatakan pilihan anda dengan log masuk ke akaun anda, dan akses tetapan privasi Google Payments anda untuk mengemaskinikan pilihan privasi anda.
Kami tidak akan berkongsi maklumat peribadi anda dengan orang lain di luar GPC atau dengan ahli gabungan kami melainkan seperti yang dinyatakan dalam Notis Privasi ini atau Dasar Privasi Google. Google Payments ialah produk yang ditawarkan kepada pemegang Google Account. Data yang anda berikan kepada Google LLC untuk tujuan pendaftaran dengan Google Account tidak terjejas oleh peruntukan penarikan diri dalam Notis Privasi ini.
Memastikan maklumat anda selamat
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang amalan keselamatan kami, sila lihat Dasar Privasi Google yang utama.
Keselamatan profil pembayaran Google anda bergantung pada cara anda memastikan kata laluan, PIN, dan maklumat akses akaun anda yang lain untuk Perkhidmatan tersebut kekal sulit:
- Jika anda berkongsi maklumat Google Account anda dengan pihak ketiga, mereka akan mendapat akses kepada profil pembayaran Google dan maklumat peribadi anda
- Anda bertanggungjawab untuk mengawal akses kepada peranti mudah alih anda dan aplikasi Google Payments pada peranti anda, termasuk merahsiakan kata laluan dan/atau PIN anda dan tidak berkongsi maklumat ini dengan orang lain
- Anda juga bertanggungjawab untuk memaklumi Google atau rakan kongsi yang berkaitan jika anda yakin bahawa keselamatan maklumat pada aplikasi Google Payments telah dicerobohi
Maklumat yang anda berikan terus kepada pedagang, laman web atau aplikasi pihak ketiga tidak tercakup dalam Notis Privasi ini. Kami tidak bertanggungjawab terhadap amalan privasi atau keselamatan pedagang atau pihak ketiga lain yang anda pilih untuk berkongsi maklumat peribadi anda secara terus. Kami menggalakkan agar anda menyemak dasar privasi mana-mana pihak ketiga yang menerima maklumat peribadi terus daripada anda.
© 2024 Google – Google Home Syarat Perkhidmatan Google Notis Privasi Terdahulu