Notis Privasi Google Payments

Terakhir diubah suai pada 8 September 2019

Dasar Privasi Google menghuraikan cara kami mengendalikan maklumat peribadi apabila anda menggunakan produk dan perkhidmatan Google. Google Payments ditawarkan kepada pemegang Akaun Google dan penggunaan Perkhidmatan ini tertakluk pada Dasar Privasi Google. Selain itu, Notis Privasi ini menghuraikan amalan privasi Google yang khusus bagi Google Payments.

Penggunaan Google Payments dikawal oleh Syarat Perkhidmatan Google Payments, yang menghuraikan Perkhidmatan yang terangkum dalam Notis Privasi ini dengan lebih terperinci. Istilah berhuruf besar yang tidak ditakrifkan dalam Notis Privasi Google Payments ini akan ditakrifkan dalam Syarat Perkhidmatan Google Payments.

Notis Privasi Google Payments digunakan pada Perkhidmatan yang ditawarkan oleh anak syarikat milik penuh Google LLC, termasuk Google Payment Corp. ('GPC'). Sila rujuk Syarat Perkhidmatan Google Payments yang disediakan dalam Perkhidmatan untuk mengetahui lebih lanjut tentang anak syarikat yang menawarkan Perkhidmatan tersebut. Untuk pengguna (melainkan mereka yang menjual barangan di pasaran Google) yang berada di Kawasan Ekonomi Eropah, pengawal data yang bertanggungjawab terhadap maklumat anda ialah Google Ireland Limited. Jika anda berada di Kawasan Ekonomi Eropah, tidak termasuk UK, serta menjual barangan di pasaran Google, pengawal data yang bertanggungjawab terhadap maklumat anda ialah Google Payment Ireland Limited. Jika anda berada di UK dan menjual barangan di pasaran Google, pengawal data yang bertanggungjawab terhadap maklumat anda ialah Google Payment Limited.

Maklumat yang kami kumpulkan

Di samping maklumat yang disenaraikan dalam Dasar Privasi Google, kami juga akan mengumpulkan maklumat berikut:

Cara kami menggunakan maklumat yang kami kumpulkan

Selain penggunaan yang disenaraikan dalam Dasar Privasi Google, kami menggunakan maklumat yang anda berikan kepada kami dan GPC atau anak syarikat lain dan maklumat tentang diri anda yang diperoleh daripada pihak ketiga untuk menyediakan Google Payments kepada anda bagi tujuan khidmat pelanggan dan untuk memberikan perlindungan daripada memudaratkan hak, harta atau keselamatan Google, pengguna kami atau orang awam, termasuk untuk melindungi anda daripada penipuan, pancingan data atau penyalahgunaan lain. Maklumat tersebut juga akan digunakan untuk membantu pihak ketiga menyediakan produk atau perkhidmatan yang anda minta daripada mereka. Kami akan turut menggunakan maklumat tersebut untuk menyemak Akaun Google Payments anda untuk memastikan syarat akaun anda terus dipatuhi, untuk membuat keputusan tentang urus niaga Google Payments anda pada masa hadapan dan untuk keperluan perniagaan sah lain yang berkaitan dengan urus niaga Google Payments yang anda mulakan.

Maklumat pendaftaran anda akan disimpan dan dikaitkan dengan Akaun Google anda dan pendaftaran kaedah pembayaran anda akan disimpan pada pelayan Google. Di samping itu, unsur data tertentu juga akan disimpan pada peranti mudah alih anda. Kami mungkin akan mengekalkan maklumat tersebut untuk tempoh masa yang dilanjutkan seperti yang dikehendaki oleh proses perundangan dan kewajipan kawal selia yang lain.

Maklumat yang kami kongsi

Kami akan berkongsi maklumat peribadi anda dengan individu atau syarikat lain di luar Google dalam keadaan berikut sahaja:

Sebagai contoh, apabila anda membuat pembelian atau urus niaga menggunakan Google Payments, kami akan memberikan maklumat peribadi anda yang tertentu kepada syarikat atau individu yang menjalankan penjualan atau urus niaga dengan anda. Ini termasuk perkongsian maklumat peribadi anda dengan pembangun yang menjalankan penjualan dengan anda apabila anda menggunakan Google Payments untuk membuat pembelian di Google Play. Ini juga mungkin termasuk menghantar poskod anda kepada tapak web atau apl pedagang apabila anda memulakan pembayaran menggunakan "Beli melalui Google Pay" atau butang serupa, agar pedagang tersebut boleh mengira cukai dan kos penghantaran untuk pembelian anda. Apabila anda menambahkan kaedah pembayaran pihak ketiga pada Akaun Google Payments anda, kami mungkin bertukar-tukar beberapa maklumat peribadi anda seperti nama, imej profil, e-mel, alamat IP dan pengebilan, nombor telefon, maklumat peranti, lokasi dan maklumat aktiviti Akaun Google anda dengan pembekal pembayaran pihak ketiga untuk menyediakan perkhidmatan tersebut.

Apabila anda melawati tapak atau apl pedagang yang mengambil bahagian, pedagang tersebut boleh menyemak sama ada anda mempunyai akaun Google Payments dengan kaedah pembayaran yang layak digunakan untuk membayar pedagang tersebut. Semakan ini akan mengurangkan kemungkinan paparan ciri yang tidak boleh digunakan pada tapak atau apl yang anda gunakan.

Maklumat yang anda berikan kepada pedagang, tapak web atau aplikasi pihak ketiga tidak tercakup dalam notis privasi ini. Kami tidak bertanggungjawab terhadap amalan privasi atau keselamatan pedagang atau pihak ketiga lain yang menerima maklumat peribadi daripada anda. Kami menyarankan anda menyemak dasar privasi pihak ketiga yang menerima maklumat peribadi daripada anda.

Maklumat yang kami kumpulkan, termasuk maklumat yang diperoleh daripada pihak ketiga, akan dikongsi dengan ahli gabungan kami, iaitu syarikat lain yang dimiliki dan dikawal oleh Google LLC. Ahli gabungan kami, termasuk entiti kewangan dan bukan kewangan, akan menggunakan maklumat tersebut untuk tujuan perniagaan harian mereka.

Kami memberi anda hak untuk menarik diri daripada perkongsian tertentu dengan GPC dan ahli gabungannya. Secara khususnya, anda boleh menarik diri daripada:

Anda juga boleh menarik diri daripada membenarkan Google LLC atau ahli gabungannya memaklumi pedagang pihak ketiga, iaitu pemilik tapak atau apl yang anda lawati, bahawa anda mempunyai akaun Google Payments yang boleh digunakan untuk membuat pembayaran kepada pedagang tersebut.

Jika anda menarik diri, pilihan anda akan dikuatkuasakan sehingga anda memaklumi kami untuk menukar pilihan anda.

Jika anda tidak mahu kami berkongsi maklumat peribadi tentang kepercayaan kredit anda dengan GPC dan ahli gabungannya atau jika anda tidak mahu ahli gabungan kami menggunakan maklumat peribadi anda yang dikumpulkan dan dikongsi dengan mereka untuk membuat pemasaran kepada anda, atau jika anda tidak mahu Google LLC atau ahli gabungannya memaklumi pedagang pihak ketiga, iaitu pemilik tapak atau apl yang anda lawati, bahawa anda mempunyai akaun Google Payments yang boleh digunakan untuk membuat pembayaran kepada pedagang, sila log masuk ke akaun anda dan nyatakan pilihan anda pada halaman tetapan privasi Google Payments.

Kami tidak akan berkongsi maklumat peribadi anda dengan orang lain di luar GPC atau ahli gabungan kami melainkan seperti yang dinyatakan dalam notis privasi ini. Seperti yang dijelaskan di atas, Google Payments ialah produk yang ditawarkan kepada pemegang Akaun Google. Data yang diberikan kepada Google LLC untuk tujuan pendaftaran Akaun Google tidak terjejas oleh peruntukan penarikan diri dalam notis ini.

Keselamatan maklumat

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang amalan keselamatan kami, sila lihat Dasar Privasi Google yang utama.

Keselamatan Akaun Google Payments anda bergantung pada cara anda memastikan kata laluan, PIN dan maklumat akses lain untuk Perkhidmatan tersebut kekal sulit. Jika anda berkongsi maklumat akaun anda dengan pihak ketiga, mereka akan mempunyai akses kepada akaun dan maklumat peribadi anda.

Anda bertanggungjawab untuk mengawal akses kepada peranti mudah alih anda dan aplikasi Google Payments pada peranti anda, serta merahsiakan kata laluan dan/atau PIN anda dan tidak berkongsi maklumat ini dengan orang lain. Anda juga bertanggungjawab untuk memaklumi Google atau rakan kongsi yang berkenaan jika anda yakin bahawa keselamatan maklumat pada aplikasi Google Payments telah dicerobohi.

© 2019 Google – Laman Utama Google Syarat Perkhidmatan Google Notis Privasi Terdahulu